Thursday 31 May 2012

personal life :)

assalamualaikum semua
wahhhhh.sangat2 busy sekarang
hehe.busy kenape?
alaaa.tak de lahh busy mcm business man semua tu
tapi malaz senanye ! 
hik hik hik :D






ahad (27 mei 2012)
yehh ! sehari aku teman mama usha perabot dan barang2 hiasan dalaman rumah
wooo.mahal woo
tak tau lah bile aku kawen nanti nak carik duet mane nak beli semua ni
haha ;D

selasa (29 mei 2012)
lepak2 setia alam city mall
yang baru tuu
hehe.jalan-2 je
wayang dan bowling xbukak lagi
with ; akak, along, diyana

rabu (30 mei 2012)
nina, my BFF ajak pergi TS
sebenarnye last miute plan.tibe2 dia ajak
pastu akak dia nak ambek dekat rumah pulak
aku ape lagi..join je lah ! hee
seronok gile main theme park tu.sampai ade org tu muntah2.hehe
sayang kau nina ! <3

khamis (31 mei 2012)
ahaxx ! saje menggedik jap
aku pergi interview kerja
kerja ape?? hehe..
cikgu tadika pulak..
insyaAllah..
doakan aku..
esok start keje.hee
:)



Sunday 27 May 2012

jauh perjalanan luas...... ?

assalamualaikum semua 
haihhh.lame jugak lah aku xmenghupdate blog ni 
kesiannn dia.....
 kesah pulak aku *dlm hati blog aku
 ciss ! kurang haja punye blog ! hahaha

so mcm biaselah
blog aku bukan blog hebat pon
macam org2 lain kann..
aku byk cerita pasal LIFE aku sehari-harian je
kire mcm diary jugak lahh...hehe

kalau ade yg xsuke bace, xpelah
aku tak kesah pon
aku sebenarnye mmg penggemar math
aku sangat2 rasa TARIKH ialah sesuatu yg penting dlm hidup aku
so..dgn ade nye blog ni..aku dpt tw lahh tarikh2 ni aku buat ape
ye tak?
hehe :D


khamis (24 mei 2012)
akak memaksa kami semua dtg ke rumahnya
haha.dye masakkan megy goreng utk semua org
nyum33.sedap lah jugak
tp aku xmkn byk sbb ade byk cili padi
hehe
*saya xsuke pedas ! anak kelate :D

petang tu pulak
ktorg pergi lepak2 dekat rumah khai
dah mcm zoo pulak rumah khai
ade arnab, ikan, ayam.haha.excited kemaeen ktorg
btw,ktorg tu ialah kwn2 aku sejak dri tadika lg
bile cuti baru semua berkumpul
sgt seronok ok ! >_<

jumaat (25 mei 2012)
aku tak sangke mama abah benarkan aku pergi putrajaya malam2
ini semua disebakan u-kiss buat performance malam tu
adek2 aku mmg finatic korea
aku mmmg xminat langsung oke !
tpi demi adek2, aku pergi je lah kann.hee
smpai rumah pukol 11.21PM.
bg aku,xde pape pon yg menarek kt situ.huhu


sabtu (26 mei 2012)
menemani mama melihat dan membeli tiles dan perabot rumah
sedih sebab xdpt ikot dinie, nab, ekin, ateyn keluar ;'(
aku ingat kejap je teman mama..
sekali...sampai pukol 4 ok? isk3
xpelah..ade hikmah mungkin..
selsema yg xsembuh2 lagi..huhu
 --------------------------------------------------------------------------

oh selsema.pliz sembuh cpt ;')




Thursday 24 May 2012

jemah dan kiah berjalan ke kolumpor

assalamualaikum semua.
yehhh.lame dah tak update
hehe.tak de lah lame sgt kan sebenarnye..

harini dah hari khamis ye?
woww woww !
cepat nye minggu ni berlalu !
hee

meh aku nak cerita sikit ape yg jemah kiahh dan rakan2 nye lakukan minggu ni ! :-D

isnin (21 mei 2012)
jemah dan kiah berjalan2 sekitar sg buloh
hee.
jangan maen2..
walaupon baru dtg kolumpor *tipu je .. 
tapi jemah dan kiah makan tutti frutti tw !
heee.pekene nasik kerabu sekali ! :)

selasa (22 mei 2012)
kawan2 jemah dan kiah buat cokelat utk jual kpd budak2 kecik.
jemah dan kiah tengok je ! hee
jemah sempat habiskan kuaci sebungkus pulak ! ;D


rabu (23 mei 2012)
ahaaa.ini yg best ni
cik kiah dan cik jemah ni turon OU
korang tw x OU tu ape?
ahaa..ONE UTAMA lah syg.
hahahaha
ktorg jalan-2
pekene JOHNY's steamboat.sedap jugak tww.kenyang jemah dan kiah
tengok wayang, dark shadoww
amboii.ape kau igt jemah dan kiah xtgok wayang ke? :-D

sebenarnye,ini lah kawan2 aku dari tadika lagi
kitorang kebetulan bercuti bersame2.hee
akak, adek, along, anan, diyana, khairunisa, amanina, aizat, hafiz
huhu.rapat gile kot dari dulu
sayang korang sgt2 !! >_<

harini rasenye nak buat aktiviti makan maggi beramai-2
tengok lah kalau jadi
haihh.berkeroncong teros perot jemahh oooiii
hahaha
k lah,nak brekpes.bye2 allss :D

Wednesday 23 May 2012

Random Giveaway By Cik Fie



hehe.aku saje je mencube nasib.
mane tw ade rezeki kan? 
:-D

tag :

marilah join korg.
siape tw?
rezeki masing-2 kan?

;)

than cik fie ;D

Tuesday 22 May 2012

#WordlessWednesay 2

banyak kali pon xpe kan?
ini kan blog aku ! HAHA

-ekin-

-pain-

happy birthday 19th to both of u !
sayang korang ! :)

#WordlessWednesday



aku rindu dorang
so what?

;')

Monday 21 May 2012

tumpang bahagia-artis2 sudah bertudung

assalamualaikum semua
harini aku tak tau nak update apa
tapi aku jumpa bende ni kat facebook tadi
aku rase bende ni berguna gila kot

ALHAMDULILLAH

that is the word ! :)





1. Catriona Ross



~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi

~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”




btw, utk aku dan lain2
bertudung bukan menyusahkan kite pon
ia lagi memberi pelindungan mcm erma hasmie ckp tu
utk kwn2 yg masih lagi belom bertudung..
ambil lah hikmah dari ape yg terjadi ke atas artis2 kat atas tu
artis yg famous amous pon boleh berubah
kenapa kita tidak? 
takut hilang popular?
lebih popular mungkin ! >_<

insyaAllah.. :-)

Sunday 20 May 2012

my love :)

assalamualaikum semua !
wahhhh.dah pukol 1.42AM kot
kenape aku tak tido lagi?
aku pon tak tau
tak mengantuk lagi kot
hehe
al-maklumlah ptg tadi dah tidur 2 jam kott
pagi pon bangon bukan maen lambatnye
huhu
anak dara ape lah ni kan? ;P

so..bile pagi2 ni mula lah nak buat entry baru kann
jiwang pulak tu...
opssss sorry !
korang dah tersilap ni
actually...
my love tu ialah..

my teddy bearssss !

im the teddy bear's lover !
huhu
kalau orang nak bagi aku hadiah better bagi aku tedy bear lahh
ini lah antara teddy bear yg aku ada :)

yg ni saiz nye besar-2.sedap buat pelok :-D

yg ni sederhana.buat main pon okey :)

ini kecik-2 je.buat hiasan lahh.comeyy gitu ;D

terima kasih kepada semua yg dah bagi hadiah ni.
sgt terharu ok ;')
btw,katil queen aku memang setengah utk menempatkan dorg ni lah
heeee.tp aku xkesah.aku suke ! :)

okey lah.saje je nk mengupdate pagi2 ni
nak tido dah.
gudnytee people.
:-)

p/s : sesiapa nak bg aku hadiah teddy bear lagi,,sgt2 dipersilakan :))

Friday 18 May 2012

bercuti tenangkan diri

assalamualaikum semua ! 
hehe.poyo je title tu kan? 
actually tak de lah tenang kan diri sgt just ikot mama pergi hotel je..
 hotel mana? 
hahahahaha.gelak dulu kat shah alam je pon..
bluewave hotel,sebelah bangunan UMNO tu..hik hik hik 
*mcm jauh sgt je gaya kan? ;P

 mama ade meeting hape entah kat sini 
so aku ambil keputusan untuk ikot
 sebabnye..kat rumah tu penoh habuk2 renovation 
dan.. 
tak tau nak buat ape dah kt rumahh so bile dudok sini boleh lah jalan2 kannn.. :) 

 semalam aku saje2 lah ajak2 ayam kwn aku ni
 aku ingat dia xnak join,sebab setiap kali aku ajak mesti ada je alasan nye == 
hahahahaha *sorry nani >_<
tp tibe2 dia setuju pulak.. alhamdulillah.ade gak geng nak luangkan masa harini..


mula2 ktorg cadang nak pergi space u8 je sbb baru bukak kann
sekali ktorg smpai pukol 11 wayang nye xbukak lg
so ktorg ambek keputusan pergi sunway pyramid
hehe.makan2+jalan2+wayang..

opsss! name dia nani.dia kawan sekolah aku.hehe
tpi dia pandai so time form 4, dia pindah sekolah
time matrix pon dia kat penang
aku kat selangor
so..memang dah lame lah tak jumpe dia
thanx nani for the day..love u <3

oh okey.before that.aku nak promote jap makanan ni !
this is PEPPER LUNCH !
sedap kot.
kalau nak tw lebih lanjut,korg search lah kt google.com k?
hee.nak lagi ! nak lagi ! :)


----------------------------------------------------------------------------------------------

ni aku nak cerita pasal hotel blue wave ni jap
adeyhh..
service semua dah okey..tapi...

nasi ayam yg tak de lah sedap mane -- RM15
okey..yg ni aku tak kesah sgt
mmg semua hotel cas makanan mahal gile kan?
maybe nak bayar service pekerja2 dia kot.
hehe *think positif ;)

BUT...

ini yg aku tak puas hati sikit
opsss! bukan sikit.banyak !
grrrrrr
selalu hotel bukan sediakan WIFI free ke?
mak aku cakap dia pergi meeting kt pulau sipadan,sabah pon wifi free.
ini dkt tgh2 Shah Alam kot..
4 jam---RM15.90??
kalau dlm bilik mesyuarat,nak wifi.sorang ke bayar RM130
ish ish ish
aku tak paham betol
aku harap hotel ni boleh membetolkan lah khidmat internet dia ni
tak patot lah buat mcm ni
skrg kan internet di hujung jari
dan dkt kedai mamak pon free KOT..
huhu..
itu je lah aku nak cerita
aku kesal sgt2.
hahaha *over pulak kan?
k bye2 ! :)



Thursday 17 May 2012

16 MEI 2012

assalamualaikum semua
hai korang ! apa khabar? hehe
harini aku dan kawan-2 melakukan satu aktiviti yg menarek.
ape dia?
hehe.
kitorang semua buat cupcake ! yehh
btw,tahon lepas, after SPM aku dan kwn2 dah penah try buat cupcake
bukan setakat try
mmg dah jadik dah pon.huhu
so, bile buat harini agak kelam kabut sikit lah sbb dah lupe bahan2 dan cara2 nye

okey.ini adek.dia lah yg mengadun kan semua bahan2 tu.aku arah je.haha


tepung utk buat kek :)

140 ml je.. ;P

woww.lembut kemaeeennn kiahhh ! ;D

ini icing pulak.utk buat toping !

so..ini lah hasilnya.tak de lah sehebat mane.tp okey lah :)

after siap semua2 ni.
kitorang pergi jual dekat padang perumahan ktorg
alhamdulillah semua nya laku.
ada 25 biji je..hehe
dapat lah jugak menghilangkan bosan harini kan? :)

-------------------------------------------------------------------------

sempena 16 Mei ni.
aku ambil kesempatan ini utk mengucapkann..

SELAMAT HARI GURU 
kpd semua para pendidik di Malaysia !!

di special kan kpd ;
- ibuku, Nor' Ainun bt amir
-guru2 SK Merbau Sempak 2000-2005
-ustaz2 ustazah2 SRA Merbau Sempak 2000-2005
-cikgu2 ustaz2 ustazah2 SMKA Kuala Selangor 2006-2010
-lecturer2 di Kolej Matrikulasi Selangor 2011-2012
-cikgu ajar kereta
-kawan2 yg dah banyak ajar aku
-dan lain2 lagi.. :)

terima kasih atas semua tunjuk ajar dan ilmu yg cikgu dah berikan.
saya bersyukur kerana sehingga hari ini saya still dpt belajar dan menimba ilmu
jasa dan pengorbanan cikgu2 tidak akan saya lupa dan susah utk dibalas
saya doakan cikgu-2 dan keluarga diredhai dan diberkati oleh Allah
aminnn..


sebahagian guru2 di SMKAKS.rindu mereka ;')

bebudak kelas aku bersama lecturer2 yg ajar ktorang-KMS ;')

sangat rindu saat menyambut hari guru dekat sekolah
hias dewan same-2.gaduh same-2.semua same-2
huhu.i really miss batch13
;')

p/s ; pagi tadi pergi isi borang kerja kt econsave.hope dpt lah ;P





Tuesday 15 May 2012

darah aku A negatif


assalamualaikum semua
darah aku A negatif? SO WHAT?

wahhhh.aku sgt terkejut ok !

aku dah pernah derma darah 2 kali. lepas derma darah kali ke2, aku dapat surat dari hospital.
dlm surat tu dia cakap.aku mempunyai darah A negative dan diminta utk jadi penderma tetap
dan diselitkan kad ini sekali



kad ini diwajibkan dibawa kemana2 bg manusia yg berdarah negatif seperti ku

hal ini berikutan..

jika eksiden atau apa2, doktor tidak tersalah masukkan darah ke dalam badan aku
jika darah positif masuk ke dalam badan ku, maka kebumikanlah aku pada hari itu jugak
huhu.sedih sedih..

actually yg buat aku risau lg..
siapa yg darah negatif ni nanti time mengandung anak first okey..
tpi anak2 yg lain akan mengalami banyak masalah..

mama risau gile kot.same lah dgn aku.huhu

btw, aku bersyukur sahaja dgn apa yg Allah dah bg
alhamdulillah sbb aku ada peluang utk hidup kt atas bumi ni lg
semoga Allah memberi aku suami yg berdarah A negatif..
supaya aku boleh melahirkan anak pada suatu hari nanti..
AMIN YA RABBAL ALAMIN.. :)


aku masih ceria di dunia ini. kalau xde darah xde lah oksigen dlm badanku,maka tak hiduplah aku.hehe
thanx god ;')

p/s : kepada pembaca, baik korg cek darah korg cepat2. 
darah negatif ni hanya 2% je kat malaysia.
so..memang susah nak carik penderma.huhu




Sunday 13 May 2012

Contest Saya Nak Header By Cik Fie !


hehe.saje je nak join contest
kalau cik fie buatkan header pon bagos jugak
aku ni xreti2 nak buat header.buruk ade ! ;'(

so kepada kawan2 yg laen.
jom lah join! mne tw ade rezeki ke kann.hee
tekan INI :)

di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?

assalamualaikum semua ! hee
apa khabar semua?sihat?
aicecehh aku ni.dah macam pengacara majlis pula
ekekekeke

dipendekkan cerita, harini kami sekeluarga pergi ke SBPi Rawang
kenape kt situ?
eh suke hati lah ! hee. xde lah. 
sbb due org adek aku sekolah asrama kt situ
so senang lahh.setiap minggu pergi sane.
melawat due2 budak tu.haha

disebabkan minggu lepas family aku dah salah sambot hari ibu
so..hari ibu sambut lagi hari ibu utk kali ke-2..hehe..lawak betol
dan..sambot sekali birthday adek lelaki aku yg jatuh 10 mei haritu..
sekaliguslahh..JIMAT.. :)

ni antara hidangan yg mama masak.aku tolong jugak okey ? :)

ketam sweet sour..sedih sbb aku xboleh mkn..allergic.. ;')




daging rusa goreng kicap.nyum2

ayam kari *ni beli kt kedai. so xsedap sgt lah.hehehe

adek aku, Khalefa. HAPPY BIRTHDAY 17th ! ;P

mama. HAPPY MOTHERS DAY 2nd time mama, for this year ! ;P

tamak.due kek yg berlainan.hahaha

abah dan mama.abah saje buat muka BAJET garang ! kah kah kah

overall makanan yg ade :-D

suplement ! ekekeke

gedik-gedik bersama noreesa

abah, Khalefa, Shamel

Sharina, Ala, Noreesa

ini gambar last. Ala dan adek2 nye ;P

btw, i love my family !
thanx god for everything
limpahkan lah rezeki kpd kami Ya Allah
rezeki yg halal..yg Kau redhai..
aminn..

p/s : tajuk memang xde kene mengena dgn post kali ni.ekekeke ;P