Sunday, 6 May 2012

happy mother's day mama !

 assalamualaikum semua.
sebenarnye dari semalam nak update.
tp xde kesempatan lg.
hehe
2 hari ni busy teman mama dan abah pergi carik tiles utk rumah.
rumah tgh renovate :-)

sabtu petang sempat lah pergi sekolah adek2 kt rawang
okey.aku ade dua org adek sekolah kt SBPi rawang
huhu
aku sorg je xmasok SBP T.T

btw,this is the cake ! abah yg beli tu yg warna hijau tu.haha
tpi dalam dye sedap.blueberry+choc..nyum3 ;D


ini mama dan anak kesayangannya, khalefa :-) 

ini abah dan anak kesayangannya, Ala :-)

ini Sharina dan adik kesayangannya, Noreesa :-) 

btw,this is my mom. SELAMAT HARI IBU MAMA !!

sangat seronok lah adek2 ku dapat makan KFC
maklom lah..dudok asrama kann..hehe

--------------------------------------------------------------------------------

last but not least
i dedicate this song to my mom, Pn Nor; Ainun bt Amir
selamat hari ibu mama !
i love u mama ! u r the no 1 for me ! :-D





Friday, 4 May 2012

kuaci ohhhh kuaci



assalamualaikum semua.
sejak kebelakangan ni..opss ! bukan lah sejak kebelakangan ni..
dlm 2,3 bulan ni..
aku kerap betul makan kuaci.
adoy..
tak kira lah kuaci putih mahu pun hitam
tpi aku prefer kuaci putih lah.hehehe

bukan setakat kt kolej je aku makan.
sejak cuti ni, kalau pergi kedai runcit, bende pertama aku carik ialah kuaci ='=

so..bila kt rumah ni..aku terfikir lah.
ape lah kelebihan dan keburukan kuaci ni.
jom kite same2 tengok k !

KELEBIHAN KUACI ;

1- Kuaci bunga matahari merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Cukup sekadar 60 gram bunga matahari tanpa kulit untuk memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari. Para wanita biasanya sudah tahu beberapa khasia vitamin E.


2- Ia itu untuk meregangkan kulit, menghaluskan dan membuat kulit menjadi lebih muda dan cantik.
 ( Lepas nie pasti ramai wanita yang makan kuaci ). Selain daripada itu Vitamin E juga mempunyai banyak khasiat lain yang lebih penting.


3- Vitamin E ialah anti oksidan dan ia sangat penting kepada tubuh.Ia meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan membaiki struktur DNA yang rosak.

4- Vitamin E juga dapat mengurangi gejala penyakit Athma atau lelah ,osteoarthritis dan rematik.


5- Selain itu ia juga dapt mengurangi risiko penyakit kanser usus besar, menurunkan gejala rasa panas bagi wanita monopaus,dan mengurangi komplikasi penyakit diabetes.Vitamin E juga dapat membantu memerangi kadar kolestrol jahat (LDL) yang tinggi dalam darah

6- Beberapa ujian yang dibuat ia juga dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

7- kuaci merupakan salah satu makanan yg rendah kadar kolestrol

* copy paste drpd blog2 org

ahaaaa..itu kelebihan..nak tw pulak ape keburukannya??

1- membuat kita lalai. ahaha. memang betol pon. kalau aku makan kuaci, pasti aku dah tak nak buat kerja lain dah selain menngopek dan mengunyahnya ;D

2- mengotorkan rumah. ni pon betol jugak. habis segala kulit2 nya berterabur kt ruang tamu ni. hehe. sorry bibik :')

itu je lah yg aku dapat kaji tentang kuaci ni.
memang tiada keburukan dari segi kesihatan badan.

namun..

utk ingatan semua dan diri sendiri..
kurang-2 kan lah makan kuaci demi menjaga kebersihan rumah dan 
tidak melalaikan kita utk melakukan sesuatu pekerjaan.haha

renung-2 kan dan selamat beramal :)

p/s : aku rindu kawan2 matrix aku.
makan kuaci same2 
bawah cahaya lampu minyak tanah.
miss them ;')


akhirnya..

assalamualaikum dan salam sejahtera
ni dah masok hari ke-8 aku bercuti.
jadi semalam merupakan hari pertama aku keluar bersama-sama rakan-2 setelah sekian lama.

haha.bukan apa..aku boleh je keluar berjalan tiap hari..
tapi disebabkan kenderaan yg tidak disediakan oleh keluarga,jadi..
tak keluar lah aku..hehe

dipendekkan cerita..
sempena pesta buku yg diadakan beberapa hari ni..
jadi, aku pon bercadang lah utk ke sana.
actually..
saje je nak carik idea utk keluar bejalan.hehe


ini je lah buku yg aku beli sebenarnye.. ;-P
btw,buku ni sgt bagus ! byk dah dosa2 yg kite xperasan selama ni..


thanx kepada kwn2 yg sudi ikot.marilah kite menghabeskan mase terluang bersama ! haha
--special thanx ; aisyah hamid, mahirah, aniza, lian, addina, susriyanna, aini


after PWTC, singgah mid. makan2, lepak2, borak2, maen bowling :-D
perlawanan sengit ok antara orang2 berkerjaya ! ;-S


lastly, thanx kt kwn2 yg sudi keluar dgn aku harini.
jasamu dikenang !
xtw nak ckp macam mane.rindu gile kt korg weyhh ! :)




Thursday, 3 May 2012

how i wish i were there


mereka sekarang berada di pengkalan balak, Melaka.
ohhh. ini kawan2 kuliah aku.
sedih sgt tak dapat join dorg
tak pe lah.
tak de rezeki kan.
mak ayh tak bagi pergi.
mungkin ade hikmah.

just nak cakap..

i really realy miss them !

hope dorg happy enjoy dan selamat di sana.

bye :')

Wednesday, 2 May 2012

Kolej Matrikulasi Malaysia

assalamualaikum semua.
hehe.dah lame kan aku tak update blog?
haihh.dok rumah pon malaz ! ;-P

tujuan sebenar aku buat post ini adalah untuk menceritakan tentang kehidupan di matrikulasi
hal ini kerana, terdapat sebilangan junior2 ku yang bertanyakan pendapat tentang matrikulasi
amboi..skema bukan main ayat..hahaha

biaselah.macam aku jugak dulu..
pening sgt kepala nak buat keputusan sama ada matrix or diploma

so,now on..
aku of course lah nak promote matrikulasi kann  ! hee
*kene mintak KPM bayar aku sikit lah ni :P


before aku mula, aku nak kenalkan ini lah tempat aku belajar selama setahun :-D

kenapa perlu pilih matrikulasi?

*** jurusan?
matrikulasi terbahagi kepada dua.matrikulasi biasa dan matrikulasi teknikal.jurusan dlm matrix teknikal aku xtau.cube korg try search.hehe.dalam matrix biase terbahagi kepada dua jugak iaitu akaun dan sciene.

AKAUN- perakaunan(BM)+pengurusan perniagaan(BM)+ekonomi(BM)+matematik akaun(BI)

science pulak terbahagi kepada 3 ;
MODUL1-kimia+biologi+fizik+matematik (ALL ENGLISH)
MODUL 2-kimia+fizik+sc computer+matematik (ALL ENGLISH)
MODUL 3-kimia+biologi+sc computer+matematik(ALL ENGLISH)

utk semua jurusan,terdapat subjek2 lain yg perlu dipelajari iaitu english, agama, dinamika dan kokorikulum.
utk pelajar science,selalunya telah ditentukan oleh kolej korg ambil modul berape..tapi jgn risau..boleh mintak tukar modul berdasarkan terma dan syarat yg ditetapkan :)

1- kelas?
 kehidupan kt matrix same je macam kehidupan korg kt sekolah.terutama yg berasrama.yg laen nye..bangon pukol 8pg..kalau sekolah pukol 5 or 6 dah kene bangon kan? so matrix laen sikit lah.kelas akan bermula dari pukol 8 pg hingga 5 ptg.opsss ! bukan setiap hari tw kelas korg habes pukol 5.just a few days or maybe for a one day only. but, mcm aku as pelajar akaun..so..memang xde lah dalam jadual balek pukol 5..pelajar akaun paleng lewat pon balek pukol 4.kadang2 ade kelas yg pukol 3 da habes or pukol 1 pon ade.hehe.beruntung kan? :) 
ni contoh jadual kelas aku (akaun) sem2. ade balek pukol 5 sebab ade koko :)

2- kelas tu ape?kuliah tu ape?
okey.ini memang soalan lazim.hehe.semua pelajar akan dibahagi mengikut setiap jurusan..aku ambil contoh pelajar akaun..kami dibahagi kepada 2 kuliah..kuliah pertama dan kuliah kedua..dalam kuliah pertama ada 10 kelas dan dalam kuliah kedua ada 6 kelas.korang memang xboleh pileh.itu semua pihak matrikulasi yg tentukan..dalam satu hari tu,jadual korg ade kuliah dan kelas..kalau kuliah,korang akan masuk dewan kuliah yg ditetapkan dan mendengar apa yg korg perlu dengar lah ! hehe.maksod nye dgr je lah lecturer korg membebel pasal subjek tu.adoy susah nak terangkan.haha.klu dlm kelas@tutorial pulak,korg akan bincang soalan2 yg ada dalam buku tutorial atau yg lecturer korg nak bg lah.kirenye kuliah utk belajar dan kelas utk buat latihan.paham kan? ;) ahaa.lecturer kuliah tak same tau dgn lecturer tutorial kecuali yg bernasib baik.tp xyah risau lah.semua dijamin stabil..hehe
contoh kelas tutorial, ade kerusi bermeja + whiteboard

contoh kuliah yg sgt seronok !


3- rehat?
of cos lah ade ! rehat selame sejam ! xsame dgn sekolah.. memang dalam jadual dah set awal2 yg rehat pagi pukol 10 or 11..n rehat tengahari pukol 1 or 2.. (ikot kelas lahh)
so xyah risau lah.korg tetap akan dapat makan+borak2+tidur sekali..memang best lah hidup kt matrix ni ! hehe
aktiviti mase rehat-lepak2,ambek gambar ;D



4- elaun?
elaun ada disediakan.2011/2012 elaun yg kitorang dapat RM1250 for 1 semester.means 1 bulan RM250.tapi dgn cite utk sesi 2012/2013 ditambah RM200 per month . woww ! memang best lah korg.hehe

5- makan macam mana?
okey kamu-kamu semua ! ini kolej okey. dan pra-U..not school anymore..so makan sendiri lah..elaun yg kerajaan dah bg tu pandai2 lah budget tok survive makan korg.haha,jgn risau.ade byk cafe :)
makan2 kt cafe :)


6- petang? malam?
masa petang dan malam adalah masa yg sgt terluang..lepas kelas habes je korg boleh buat ape sahaja yg korg nak buat.klu dkt KMS, ramai yg habeskan masa dgn tidur dlm bilek, lepak2, makan, dating, beriadah, maen basikal (basikal disediakan tww) dan lain2 lg..so its up to u lah ape yg korg nak buat..standard malam selalu org siapkan tutorial and revision pelajaran..tu je..tapi lepak2 pon best jugak ! hehe
beriadah :)

7- pakaian?
opss ! lupa pulak nak cakap kt atas tadi.hehe.utk waktu kelas pakai baju formal.pelajar lelaki, kemeja and so on..pelajar perempuan baju kurung wajib ! hehe. alaa mula2 nak masok tu pakai lah baju kurung lengkap, stoking, kasut hitam bagai..dah lama2 nanti ramai lah yg pakai baju kebaya+baju2 berfesyen and kasut berwarna warni.hehe.ikot kolej masing2 jugak lah :)
begini lah gamaknya


8- handphone?
telefon bimbit bebas digunakan pada bila2 masa dan segala jenis telefon bimbit boleh dibawa even ipad or gadget2 laen..seronoknye matrix ! kah3
bebas digunakan ;-D

9- hujung minggu?
hujung minggu adalah bebas. tapi bergantung jugak ikot kolej masing2.selalunye ade jugak aktiviti time hari sabtu. contohnye,larian bla bla bla..perhimpunan pelajar or so on..tp selalunye ari jumaat lepas kelas dah boleh pulang ke rumah..outing pon bebas..klu utk KMS, kene balek before 7PM..oh my..KMS mmg sgt sgt tegas undang2 nya ! haha
Mcd :)


10- kenderaan?
kenderaan bermotor dilarang sama sekali..basikal je boleh :P

11- tension?
hurm.betolke pelajar matrix ni tension? aku rasa xdelah tension sgt.cube bayangkan..dulu SPM kite amek 11 subjek kite boleh bwk kan? tp xkan lah 4subjek je kt matrix kite xboleh bwk? itu ikot orang lah..xkesah pon malam2 nak tidur pukol berape.tpi aku rase standard r kalau tidur pukol 12 or 1 pg.bukan ape, kelas pon start pukol 8 kan? just pandai2 r korg agih mase bile mase nak siapkan tutorial. klu dah xsempat sgt,tiru je kwn punye ! haha *ituaku :-D pandai2 lah korg buat study group or so on k..xde hal lah utk budak2 pandai mcm korg !

12- aktiviti lain?
jangan risau.matrikulasi pon ada sukan macam sukan2 sekolah jugak.ade sukan peringkat sekolah dan peringkat matrikulasi Malaysia.name sukan tu KAKOM.bertuah sgt KMS sbb tahon 2011 berlangsung nye KAKOM kt KMS.hehe..ptg2 pon korg boleh jalan2 naek basikal.banyak basikal disediakan.klu kt KMS, ade jugak rombongan ke Bukit Jugra, melawat Universiti Malaya dan banyak lg kot.aku tak join pon rombongan2 tu..outing dgn kwn2 lagi best kot ! hehe
sambot bufday lecturer :)

riadah :)


pekene secret recipe :)

makan2+lepak2 pantai morib :)
dinner makan beradab :)

tanglong's night :)

boria+dikir barat's night :)

sambutan hari kemerdekaan ;)

pertindangan dlm kuliah ;)
pertandingan nasyid ;)

best team ever ! ;)

mandi manda di Goldcoast ;)


13- bilik?
opsss ! lupa lagi.hehe.kalau kt KMS,satu bilek ade 4 orang.dan semua akan dpt satu katil, satu loker, satu meja study. so xpayah gaduh2 lah ! hehe. rasenye kebanyakan matrix laen pon 4 org jugak 1 bilek..
roomate ku.rinnduuu <3


14- tambahan ; tempat menarik di banting
senang cite, ni tempat budak2 KMS selalu outing lah..Pekan Banting(kfc,piza,cendol,ayamas,the store,bowling,karaoke n so on)--jusco bukit tinggi (wayang+shopping)--pantai morib (mencari ketenangan+pekena ikan bakar)--goldcoast morib (mandi manda)--Bukit Jugra (tempat bersejarah utk dilawati) dan lain2 lagi..hehe


aku rasa setakat ni je lah aku type pasal matrix ni..
btw,matrix memang best ! korang akan rase sgt cinta dan sayang kt kawan2 and lecturer !
time akhir2 matrix, mcm2 jamuan ade. kwn2 kelas memang best lah ! roomate pon best sgt ! hehe
semua matrikulasi seluruh Malaysia, menggunakan kaedah dan sistem pembelajaran yg sama.
aktiviti kokorikulum juga sama. 

ade ape2 soalan, tanya je lah k? nanti aku try jawab :)

pilih je matrikulasi !
 insyaAllah berjaya dan mempercepatkan kita utk sambung degree :)