Tuesday, 12 April 2011

sedih atau gembira?

assalamualaikum semua !
korang penah x terfikir kalau korang jadik cikgu?
hurm.aku xpernah terfikir pun.tapi hari tu tibe2 je tergerak kaki pergi ke BSN,beli no pin tuk IPG 2..huhu..
actually,mak aku yg suruh pergi beli no pin tu.sebab nya mak aku suruh isi yg bahagian PPC tu..alah..utk pelajar2 cemerlang tu..aku pon pergi je lah beli..pastu isi lah..



so,katanya semalam keluar keputusan temuduga..dah ramai dah mesej aku tanay bila keluar..aku pon mana lah nak tau kann..aku ni bukan menteri pendidikan T.T

tiba2 org KPM tu boleh pulak tukar tarikh harini..ramai lah dah mengadap komputer dari subuh2 lagi.tapi xkeluar2 pon.last2 tadi pukul 9 lebih,baru lah sume orang boleh cek..

dukacita dimaklumkan..ramai kawan2 aku yg tak dapat.termasuk lah aku kan.hanya sebilangan kecik je yg dpt.tu pon yg dpt 8A ke atas..hurmm..aku pelik jugak dgn KPM ni..dia bagi semua budak2 cemerlang je.padahal dia xtau ke,yg budak2 cemerlang tu dah jadikan IPG sebagai last choice dorang.dorang tgh tgu scholarship..huhu..last2 nanti mesti KPM akan tarik budak2 utk sesi temuduga yg ke2 ke ke3 ke kan..sabar je lahh..macam ni lah kalau result pon low =(

takpelah.dah xde rezeki kite kt IPG.mane tau rezeki kite kt tempat laen kan..kepada kawan2 aku yg nak sgt masuk IPG tu tapi xdpt,korg jangan lah sedih.korang try lah ambil bidang yg korang nak,pas2 nanti apply UPSI.boleh jadik cikgu jugak kan.hehe =)

alang2 dah cerita pasal cikgu ni..nanti korang boleh lah popular macam ni..



ha..korang kenal tak sape ni?ni lah cikgu shida..dia ni hot tau sekarang ! kalau tak caya,korang pegi lah kat you tube type name CIKGU SHIDA.hehe.compem gempak lah !


ni 1 contoh video dia.cubelah korang try tengok.hehe

dah lah.itu je untuk malam ni..so,aku pun xtau lah aku gembira atau sedih..hehe =))





nak jugak nak jugak !

assalamualaikum semua !

sebenarnya,dah lama aku nak makan durian..ayah aku kata nak beli hari sabtu,pastu ckp ahad,pastu cakap isnin..sob3..tpi xbeli2 punn =((

aku arap kejap lagi ayah aku bawak balik durian..punya lah semangat aku buat blog ni tajuk DURIAN PINK..tapi dah lama tak makan durian..hehe







tengok lah tu.sedapnyaaaa.kuning ke,merah ke,pink ke..semua sedap..tapi aku xpernah la pulak makan warna merah n pink 2 kan..teringin lah jugak ! hehe

tadi aku dah kol ayah aku suroh beli durian..hope sgt ayah aku beli ! hehe

abah...pleaseeeee   *muke kesian

edit sikit ; sudah dapat durian nya ! thanx abah ! sayang abah lahhhh ! =))

mona fendyy !



assalamualaikum dan selamat pagi semua.
harini semangat aku bangun pagi..hehe..biaselah,semalam tidur awal =)

pagi2 lagi aku dah buat entry pasal mona fendy..kenape ea?
actually,hari sabtu hari 2,ade kawan aku kol aku..
pas2 dye cerita pasal rumah mona fendy yg ada dkt shah alam 2..
katenye dye pergi tgok dgn kawan2 dye malam jumaat 2..
pergh,berani gile kau ! =0

siapa yg tau cerita mona fendy ni??
aku rasa ramai yg xtau pasal mona fendy ni,lagi2 generasi yg baru lahir kann..so,meh lah aku cite seket pasal kes dia ni..
untuk budak yg lahir tahun 1993..tahun ni lah merupakan tahun yg paling meriah sekali dgn kes mona fendy..kenapa aku kate meriah?sebabnya..masa mak kita tgh penat mengandungkan kite,mak kita sempat gak pegang newspaper tiap2 hari..sebab nya tahun ni lah kes mona fendy ni famous abes..

Nama asal mona fendy ni Maznah Ismail.dia dengan suami dia dan pembantu dia jugak ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris,Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10malam-tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang.


perghh.cuak gak sebenarnye aku nak buat post pasal dia nih..huhu
itulah dia mona fendy,tgok lah muka dye..agagaga :0
yg lagi 2 org tu suami dia Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu dia Juraimi Hussin.


ni pulak gambar mona fendy 2 time nak bawak pergi penjara.korang tengok lah,boleh pulak dia senyum?aduh..meremang ouh bulu roma..

baru aku tau sejarah dia yg sebenar.sebenarnya mona fendy ni dulu seorang penyanyi.dia jugak penah muncul dalam Muzik Muzik kat TV3 yg dulu.kalau korang sempat dengar lagu dia,pergh,memang sangat menyeramkan.kalau nak carik kat U Tube pon dah xde.dah di remove dah.selamat lah aku x pernah dgr.takut xtidur malam je nanti.huhu.kalau ikut logik nya,pelik seorang penyanyi boleh bunuh orang.hurm.bukan setakat bunuh lah,dia siap potong potong lagi mangsa nya tu dan tanam mangsa tu dengan simen lagi.kejam tak kejam tu?ish3,rupa rupa nya mona fendy ni seorang bomoh.so,logik lah dia boleh buat semua tu..

lagi menariknya cerita dia ni.masa dia dijatuhkan hukuman tu,dia tak menangis pon tapi dia boleh pulak tersenyum dan berkata ''im happy now''..

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimi

"Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata Mohamad Affandi


''Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,'' kata Mona Fendy


korang tengok lah apa yang diorang cakap?aduh.memang seram lah derrrr.


ni lah gambar rumah mona fendy kat seksyen 12,shah alam.siapa agak2 berani macam kawan aku tu,pergi lah korang usha rumah dia..siriyes besar gile rumah dia !

Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]
1993 - Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001.


akhirnya,mona fendy dan suaminya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Kantan, Kajang.pembantu mereka pulak selamat disemadikan di kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang.

lepas tamat nya cerita mereka,satu filem bertajuk DUKUN telah diterbitkan.katanya cerita ni diadaptasiakn daripada kisah hidup mona fendy ni..kalau korang jumpe lagi cerita ni,pergi lah tengok..umi aida pelakon nya..

dah lah.aku nak stop cerita kisah mona fendy ni.naek seram sejuk aku pagi2 ni.hehe =)

ni aku edit sikit..




tu ha dato mazlan yg tgh2 baju biru 2..


ni lebih kurang lah keratan potongan badan dye..perghh..macam potong ayam kann :0

Monday, 11 April 2011

إن الله معنا


first at all,assalamualaikum..
video ni aku dapat dari sorg kwn aku..
sumpah best gile video ni..
siape yg agak2 tgh sedih,try lah tgok video ni..
apa yg ustaz asri ni ckp dalam video ni semua nye betul..

allah tetap bersama kita selama nya 

=)

yuhuuu, saya join blog review by scha aryana

salam ;)


korang mesti pelik kan ape aku letak ni?hehe.actually,saje je nak join segmen blog review by scha aryana.aku kan budak baru dalam blog blog nih..so,saje lah nak join kann..hehe..hye scha aryana ;)