Wednesday 13 April 2011

derhaka

assalamualaikum semua !
ape khabar semua pembaca pembaca blog durian pink nih?
hehe.saje je nak bajet macam ramai org bace ;))

sekarang ni kawan2 aku tengah lepak rumah aku,tapi peduli ape aku kan..
dah diorang ngah busy layan korea tu,baik aku update blog,lagi best ! hehe ;DD

back to the title,derhaka?
siapa yg derhaka?
sebenarnya..pagi2 tadi aku bangun awal tau..hehe..aku bukak lah TV..tibe2 tertarik lak nak tengok cite LADY BOSS..ala,cerita ni dah lama dah..tahun 2005 lagi keluar..tapi xpelah,aku saje je nak tengok lagi..suke hati aku lah kannn? =)




Filem ini mengisahkan seorang gadis, Sheila yang bersikap ego tanpa mengira masa dan tempat. Dia anak seorang usahawan terkenal, Datuk Yusry. Sheila menguruskan perniagaan bapanya dengan cekap tetapi sering membelakangkan nilai kemanusiaan dan terlalu tegas dalam menjalankan kerjanya. Kewibawaannya tercabar dengan kehadiran seorang pemuda bernama Saiful kerana lelaki itu peramah, kelakar dan jujur serta bersikap sederhana. Sepanjang bekerja di syarikat itu, Saiful sering menimbulkan kemarahan Sheila. Saiful terpikat pada gadis bernama Salmi. Datuk Yusry yang cukup menyayangi Sheila bagaimanapun tidak dapat menahan sabarnya apabila melihat anak gadisnya itu bersikap biadap terhadap seorang pengawal keselamatan.









Nora, gadis yang berasal dari keluarga miskin diterima belajar di sebuah kolej. Di sana dia bertemu dengan Kamil, seorang pemuda anak orang kaya. Kerana malu dirinya miskin, Nora berlagak seperti anak orang kaya, untuk menunjuk-nunjuk dia juga ada banyak wang tetapi kerap diminta daripada ibunya. Nora terpengaruh dengan kemewahan dan enggan mengaku asal-usulnya sebagai anak orang miskin gara-gara takut kehilangan Kamil yang kaya raya. Nora dan Kamil ahirnya berkahwin dan mendapat seorang anak bernama Aniq. Pada suatu hari, Kamil mendapat tahu rahsia mengenai keluarga Nora yang sebenarnya miskin. Kamil menghalau dan memisahkannya Nora dari anak mereka Aniq, kerana terkilan dengan sikap Nora yang tidak mengaku ibu-bapanya hanya kerana mereka miskin. Akibatnya Nora mengalami tekanan mental. Walaupun begitu, Nora tabah mengharungi hidup. 50 tahun kemudian, Nora masih hidup dalam penyesalan. Anak Nora dan Kamil kini bergelar Dr. Aniq. Bagaimanakah Nora menjelaskan semua perbuatannya yang lalu apabila dia bertemu anaknya Aniq yang telah terpisah sejak sekian lama, dan dapatkah Aniq menerima kenyataan itu.




ada 2 filem yg aku letak kat atas tu.filem LADY BOSS dan HINGGA HUJUNG NYAWA.aku tertarik dgn dua2 filem ni sebab due2 filem ni cerita pasal anak yg kurang ajar dan derhaka kat mak/bapak dorang.aku bersyukur lagi lah sebab aku masih ada ibu dan bapa.walau macamana pon dorg marah kita,kita kene jugak diam,xleh melawan.aku bagi nasihat ni bukan tuk kawan2 je tapi utk aku sekali lah kann..hehe..semua yg mak bapak kita buat mesti ada sebab..tak kan nye dorg buat tanpa sebab..ala,macam org selalu kata ''mak bapak ko marah ko sebab dia sayang ko lah tu'' pernah dgr x ayat ni?mesti pernah kan..so,kita sebagai anak memang patut lah menghormati kedua ibu bapa kita walau dalam apa keadaan sekali pun..


Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".

(Hadis Riwayat at-Tirmizi).


renung renung kan dan selamat beramal ! hehe =)

2 comments:

diyanah dzai said...

alia ohh alia ;D

alianabila said...

dinie oh dinie..hahaha..terase ke derrr??